Home Extravaganza 10 Baka Kucing Yang Tercantik Di Dunia

10 Baka Kucing Yang Tercantik Di Dunia

Kajian membela kucing mampu mengurangkan tahap stress , apatah lagi jika kucing yang dibela itu berbulu lebat dan gebu, sudah pasti akan melayaninya walaupun ia berperangai agak nakal.

Antara baka kucing yang cantik dan memukau ingin kami kongsikan, namun ianya memerlukan penjagaan yang rapi dan kosnya juga agak mahal berbanding membela kucing yang biasa.

  1. RAGDOLL

Kucing ragdoll adalah salah satu jenis kucing yang paling besar dan kebanyakanya berasal dari warga Amerika . Kelompok kucing ini juga sudah di akui oleh guines world of records di berbagai media.

Ragdoll terkenal dengan badan yang berotot dan bermata biru. Bulunya yang panjang memerlukan penjagaan yang rapi. Tingkah lakunya yang agak social ia sering dikenali kucing yang bersifat seekor anjing.

  1. NEBELUNG

Merupakan jenis kucing berbulu panjang yang penampilannya terlihat mirip dengan Russian Blue, tetapi berbulu panjang. Nama “Nebelung” sendiri merujuk pada satu kata dalam bahasa Jerman ‘Nebel’ tempat asalnya yang berarti kelabu atau asap, sesuai dengan warna bulu kucing jenis ini

Tubuhnya memanjang dengan bulu sedikit panjang lembut dan padat yang berwarna kebiruan dengan ujung yang terlihat warna perak. Ekornya panjang berbanding di bahagian yang lain dan berbulu, telinganya cukup besar, dan matanya terlihat bulat dan besar.

  1. MUNCHKIN

Munchkin adalah baka kucing yang berkaki pendek. Kucing Munchkin adalah baka kucing yang terhasil dari mutasi genetik semulajadi daripada kucing kaki normal kepada kaki yang lebih pendek.

Namun, kaki mereka nampaknya tidak mengganggu semasa berjalan dan melompat. Tulang belakang kucing ini biasanya dapat dibezakan daripada kucing lain. Kucing ni berbeza, tak kira berbulu panjang atau pendek.

Apabila Munchkin duduk kaki belakangnya seakan sama dengan kedudukan arnab.

Biasanya kucing Munchkin ni sangat aktif dan mudah mesra dangan orang.

  1. SIBERIA

Kucing glamor asli dari taiga Siberia, daerah berhutan dengan iklim subarctic yang tidak diragukan lagi berkontribusi pada bulu panjang dan tebal pada kucing ini.

Seperti dalam setiap budaya, kucing sangat berharga kerana kemampuan memburu. Kucing Siberia mempunyai kehangatan yang berganding baik dengan suhu di daerah asalnya

Lapisan tebal bulu kucing Siberia harus disisir atau disikat beberapa kali seminggu untuk mencegah daripada kusut . Untuk mandi, sangat jarang diperlukan untuk kucing ini , yang merupakan hal yang baik karena bulunya sangat tahan air.

Kucing Siberia ini memiliki sifat yang berani. Ini membuatnya menjadi pilihan yang tepat untuk keluarga dengan anak-anak.

  1. SCOTTISH FOLD

Scottish Fold  adalah jenis kucing domestik yang mengalami mutasi genetik dominan secara alami yang mempengaruhi seluruh tulang rawan di tubuhnya, yang menyebabkan telinga kucing ini terlipat ke arah depan. Dengan telinganya yang terlipat, kucing scottish fold kelihatan seperti burung hantu.

Seluruh bayi kucing Scottish Fold dilahirkan dengan telinga yang lurus dan tidak terlipat, akan tetapi telinga anak kucing Scottish Fold tersebut menunjukkan tanda-tanda telinganya terlipat pada hari ke-21.

Anak kucing yang tidak berkembang telinganya menjadi terlipat dikenal sebagai “Straight”. Kucing Scottish Fold biasanya memiliki sifat yang ramah dan tenang serta dapat menyesuaikan diri dengan haiwan lain di rumah.

Kucing scottish fold termasuk kucing cergas dan senang diajak bermain. Kucing Scottish Fold ini sangat benci jika ia merasa kesepian dan akan mudah menjadi tertekan dan stres.

 

  1. TURKISH VAN

Turkish Van telah hidup selama ribuan tahun di daerah asalnya yang disebut Anatolia. Berbagai catatan sejarah telah menunjukkan telah adanya kucing dengan “cincin putih”  pada ekornya.

Meskipun sama-sama terdapat kata “Turkish” pada namanya, Turkish Van dan Turkish Angora adalah dua jenis yang sangat berbeza. Angora bertubuh langsing dengan bulu lembut dan halus, sedangkan Van lebih besar dan berat dengan bulu yang lebih tebal.

Van termasuk kucing berbadan besar dengan bulu “semi long hair”. Kucing jantan bisa mencapai berat 9 Kg. Seperti kucing besar lainnya, van mencapai umur dewasa setelah 3-5 tahun.

Salah satu ciri khas Van adalah kesukaannya akan air. Van adalah kucing yang sangat suka berenang. Sesuai sifatnya, van dianugerahi bulu yang cepat kering bila terkena air.

Kucing Van harus mempunyai warna badan putih dengan warna lain (selain putih) pada bagian atas kepala dan ekor.

  1. PARSI

Bagi peminat kucing, Kucing Parsi atau Persian Cat menjadi pilihan utama untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing Parsi yang cantik dan punyai sijil kelahiran dan Sijil Baka yang berdaftar dari CFA akan lebih mahal kerana ia dijamin kualiti  dari jenis baka yang baik.

Ciri-ciri kucing parsi sangat unik, adalah kucing ini sangat suka memanjakan dirinya dengan pemiliknya. Cara jalan dan cara gerakannya anggun dan tenang tidak seperti kucing kampung biasa.

Kucing parsi merupakan kucing yang sesuai berada di dalam rumah dan mudah mesra dengan pemiliknya.

Kepala kucing parsi atau persia besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar. Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan.

Kucing parsi memiliki mata yang bulat, luas dan lebar. Warna mata selalunya berhubungan dengan warna bulu.

Ramai peminat kucing akan suka kucing Parsi yang cantik. Tetapi harga ia sangat mahal berbanding kucing biasa.

  1. BENGAL

Kucing Bengal antara kucing termahal di dunia. Corak pada bulunya sangat unik. Kalau tengok dari jauh memang serupa macam anak leopard. Kalau kita di sini, dipanggil Kucing Hutan.

Nama Bengal ini dapat dari nama saintifik atau nama latin untuk Kucing Hutan (Feline Bengalenis)

Bengal ada badan yang agak panjang daripada kucing domestik. kuat, tegap dan berotot. Dia juga ade tulang rangka yang besar dan kuat. Bulu halus, rapat dan tebal. bengal yang berkualiti amat susah dijumpai, itu yang menybabkan harganya sangat. mahal

Anggaran biasa berat badan bengal 4-5 KG. Bengal jantan ad yang mencapai seberat 10KG. Memiliki bentuk badan panjang dan mempunyai ekor sederhana panjang. Ekor selalunya berbelang hitam.

Bengal memiliki warna bulu yang sangat istimewa, coklat, keemasan, hitam-hitam, putih salji. Corak yang terdapat kat bulu bengal adalah tompokan dan marble.

  1. BIRMAN

Kucing Birman adalah kucing berukuran sedang dengan berat badan kucing jantan 4-6 Kg. Yang betina biasanya sedikit lebih kecil dibandingkan jantan. Birman hanya mempunyai warna mata biru.

Badan tegap dengan panjang sedang dan mempunyai kaki yang kuat.  Kepala lebar dan bulat, pada hidung ada sedikit lekukan, sedangkan matanya hampir bulat dan berwarna biru.  Telinga berukuran sedang dengan hujung melengkung.

Birman mempunyai sifat yang menyenangkan. Besifat cergas dan manja pada pemiliknya sangat rapat, juga senang berada disekitar manusia. Kadang-kadang kucing ini juga dilihat sering menyesuaikan jadualnya dengan pemiliknya. Kucing ini sering menunggu pemiliknya pulang ke rumah.

1.MAINE COON

Kucing Maine Coon ini menjadi salah satu kucing tertua di dunia dimana berasal dari Maine, Amerika Syarikat. Selain itu, kucing ini pandai memburu dan menjadi salah satu kucing yang masyur di dunia.

Maine Coon mempunyai bulu yang tebal dan kalis air di bahagian leher. Perut dan kaki yang tebal berfungsi untuk melindungi tubuh dari musim salji. Ekor kucing ini juga panjang dan bulunya sangat tebal.

Kucing Maine Coon cukup tinggi, berotot dan mempunyai  tulang yang besar dan yang terbesar didunia.  Kebiasaannya  yang jantan mempunyai berat badan sekitar 6 – 9 Kg, dan panjang badan mencapai 1 meter, kemudian untuk betina biasanya lebih kecil dari jantan dengan berat badan 4 – 6 Kg. Dengan bulunya yang lebat sekitar 7cm membuat kucing ini lebih besar dan panjang bahkan pernah tercatat ada yang boleh mencapai panjang badan sekitar 121cm (dari hujung kepala hingga ke ekor).

Ciri-ciri fizik utama yang dimiliki oleh kucing Maine Coon ini terdapat pada kepalanya, bentuk badan, tekstur bulu serta bulu di sekitar leher yang seperti singa. Kucing Maine Coon ini amat suka bermain air.

Kucing Maine Coon adalah kucing yang ramah dengan manusia, semakin dibelai semakin rapat hubungan dengan pemiliknya.

Facebook Comments