Home Seni Kita 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 Fattah Amin Tersenarai

100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 Fattah Amin Tersenarai

Berada di kedudukan ke-76, Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018.

Fattah yang juga suami pelakon jelita, Fazura itu meninggalkan beberapa  lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya dan Fazura malam tadi.

Senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu dikeluarkan oleh sebuah laman web Starmometer berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu mengangkat anggota kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook sebagai lelaki paling seksi tahun ini.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.

Manakala, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.

Facebook Comments