Home Berita 4 April Depan Tetapkan Permohonan Najib Dan Rosmah Batal Saman J Deepak

4 April Depan Tetapkan Permohonan Najib Dan Rosmah Batal Saman J Deepak

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan J Deepak selaku pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, menyaman Najib dan Rosmah dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM676 juta berhubung dakwaan penipuan beberapa transaksi membabitkan konspirasi jual beli tanah pada 12 Oktober lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Deepak mendakwa, beliau sebagai pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Astacanggih Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd Raja Ropiaah Raja Abdullah berhubung tiga bidang tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja, Jajahan Petaling.

Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 4 April depan untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua lagi untuk membatalkan saman oleh Deepak.

Timbalan Pendaftar, Farah Shuhada Ramli menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili Deepak ketika pengurusan kes itu di sini.

Irzan ketika ditemui berkata, permohonan itu akan didengar hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Menurutnya, Najib dan Rosmah sudah memfailkan permohonan itu pada 7 Januari lalu manakala dua lagi defendan iaitu Boustead Holdings dan Bakti Wira Development memfailkannya pada 17 Disember tahun lalu.

 

Facebook Comments