Home Berita 5 Daripada 6 Jawatankuasa Pilihan Khas Diketuai PKR

5 Daripada 6 Jawatankuasa Pilihan Khas Diketuai PKR

Kuala Lumpur : Lima daripada 6 jawatankuasa pilihan khas baharu yang ditubuhkan Parlimen untuk mengkaji rang undang – undang sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat dipengerusikan oleh Ahli Parlimen PKR.

Enam jawatankuasa itu ditubuhkan selepas ia dipersetujui mesyuarat jawatankuasa pemilih, yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Arif Md Yusof, 29 September lalu.

Jawatankuasa berkenaan meliputi pelantikan jawatan – jawatan utama perkhidmatan awam (dipengerusikan William Leong Jee Keen); peruntukan/belanjawan, timbangtara rang undang – undang (Nurul Izzah Anwar); hubungan antara negeri – negeri dan persekutuan (Hassan Abdul Karim); pertahanan dan hal ehwal dalam negeri (Datuk Mansor Othman); dan hak asasi dan kesaksamaan jantina (Nor Azrina Surip).

Peruntukan/belanjawan dipengerusikan Ahli Parlimen PPBM Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Jawatankuasa – jawatankuasa itu akan memantau setiap kementerian, dengan kuasa memanggil menteri dan pegawai kanan menteri untuk diambil keterangan.

Ia juga diberi kuasa untuk mengadakan pendengaran bagi mengkaji rang undang – undang dan memanggil pakar – pakar untuk mendapatkan pandangan.

Semua jawatankuasa itu memiliki tujuh anggota daripada kerajaan dan pembangkang.

FMT

Facebook Comments