Home Berita 700 Serangan Drone Terhadap Daesh Di Syria

700 Serangan Drone Terhadap Daesh Di Syria

Tehran : Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan 700 serangan drone terhadap pengganas Daesh di Syria, ketua aeroangkasa itu memaklumkan kepada media pada hari Selasa.

“Pengebom – pengebom kami telah menjalankan 700 operasi serangan udara menggunakan bom pintar terhadap Daesh,” kata Brig. Gen. Amirali Hajjizadeh.

“Mereka digunakan untuk memusnahkan kereta kebal, kenderaan pengangkut pengganas, kereta yang digunakan untuk serangan bunuh diri dan meriam 23 milimeter. Ini adalah sasaran serangan yang digeruni oleh Daesh dan kami secara signifikan mengubah aliran pertempuran,” katanya.

Para pengawal baru – baru ini menggunakan pesawat tentera untuk menghapus dan menyasarkan kubu – kubu kuat Daesh di Syria pada 1 Oktober, ia sebagai tidak balas terhadap serangan maut pada September yang dilakukan oleh kumpulan pengganas pada perbarisan tentera di barat daya Iran.

Tujuh pesawat tentera dan enam peluru berpandu balistik menghancurkan “ibu pejabat Daesh” di bandar Hajjin di timur Syria, kira-kira 24 kilometer di utara Albu Kamal yang bersempadan dengan Iraq.

Media melaporkan imej yang diterbitkan menunjukkan drone “Saegheh” telah dihasilkan menggunakan teknologi ketenteraan Iran, ia dihasilkan semula dari RQ-170 Sentinel AS yang ditawan oleh Iran pada tahun 2011.

Ketua Staf Angkatan Bersenjata Iran, Mejar Jenderal Mohammad Bagheri berkata, serangan drone itu “melintasi banyak negara dan mencapai sasaran mereka.”

Ini adalah kali pertama Iran secara rasmi mengumumkan bahawa ia menggunakan pesawat tempur di luar sempadannya, lapor media lagi.

Iran adalah pendokong utama Presiden Syria Bashar Assad dan sejumlah besar Pengawal Revolusioner beroperasi di negara ini sebagai “penasihat tentera.”

Facebook Comments