Home Seni Kita Altimet Menyimpan Hasrat Belajar Mengaji Al-Quran

Altimet Menyimpan Hasrat Belajar Mengaji Al-Quran

PENYANYI rap, penulis lagu dan produser, Altimet menyimpan hasrat untuk kembali mengaji Al-Quran selepas bersara dari bidang nyanyian dan membetulkan semula cara bacaan dan kesalahan lain ketika membaca kita suci itu.

“Antara perancangan saya selepas bersara dalam bidang nyayian ini adalah untuk belajar semula mengaji Al-Quran.

“Dengan berbuat demikian, saya dapat membetulkan kesalahan dan cara bacaan agar saya dapat membacanya dengan baik,” kata Altimet memetik laporan portal Gempak.

Altimet juga telah melabur dalam sebuah applikasi bacaan Al-Quran iatu Recite yang membolehkan pengguna berinteraksi bersama tenaga pengajar.

“Applikasi ini sudah boleh didapati di Malaysia, ia memudahkan pengguna untuk belajar mengaji di mana mereka harus merakam bacaan mereka dan ia akan didengar oleh ustaz dan ustazah yang berkhidmat, segala kesalahan akan dibetulkan oleh mereka,” ujar Altimet yang cukup popular dengan lagu Kalau Aku Kaya.

Bagaimanapun, Altimet akan terus melakukan kerja-kerja seni terutamanya belakang tabir selain terlibat dalam bidang yang bukan nyanyian.

Facebook Comments