Home Berita Anwar Nyatakan Kerajaan Perpaduan Dengan Umno Tak Relevan

Anwar Nyatakan Kerajaan Perpaduan Dengan Umno Tak Relevan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan antara parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Umno adalah tidak relevan.

Anwar berkata kepada pemberita “Tiada cadangan sedemikian dan oleh sebab itu pada fikiran saya ia tidak relevan untuk dibincang.

“Tidak kita bincang, tak dikemukakan. Sekarang keputusan kita adalah kekal dengan Pakatan Harapan,” ulasnya lagi.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam membuat kenyataan bahawa UMNO terbuka untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dalam HARAPAN sama ada sebelum atau selepas Anwar menjadi perdana menteri.

Anwar bagaimanapun berkata parti-parti dalam HARAPAN mengambil pendirian untuk tetap bersama dalam sebuah gabungan.

Anwar akan bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Port Dickson sebagai laluan kepada beliau kembali ke parlimen dan rancangan awal untuk mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hari pengundian akan diadakan pada 13 Oktober dan penamaan calon bagi PRK ini ditetapkan pada Ahad ini.

Facebook Comments