Home Berita Apple Watch Menjadi Bukti Pembunuhan Wartawan Yang Hilang

Apple Watch Menjadi Bukti Pembunuhan Wartawan Yang Hilang

Jam tangan pintar Apple Watch milik wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi telah merekodkan waktu soal siasat dan pembunuhannya.

Perkara ini telah dilaporkan pada 13 Oktober oleh akhbar Turki Sabah. Menurut akhbar itu, beliau telah diundang untuk menyerahkan beberapa dokumen. Sebelum beliau memasuki konsulat Arab Saudi, Khashoggi telah menyerahkan iPhone miliknya kepada bakal isteri. Telefon pintar itu telah diserahkan dalam keadaan peranti rakaman Apple Watch dihidupkan dan dipakai olehnya.

Segala rakaman audio/video soal siasat, penyeksaan dan pembunuhannya telah dipindahkan ke iPhone secara automatik melalui aplikasi Apple iCloud, menurut akhbar itu lagi. Wakil – wakil perisikan Saudi berusaha memadam data, tetapi beberapa rekod masih tetap terpelihara. Setelah kajian dijalankan oleh pihak polis Turki, ternyata pembunuhan tersebut sememangnya telah berlaku.

Jamal Khashoggi, yang bekerja sebagai kolumnis untuk Washington Post, telah didapati hilang di Turki pada 2 Oktober selepas mengunjungi konsulat Arab Saudi.

Pada 11 Oktober, Washington Post melaporkan bahawa Turki telah memaklumkan Amerika Syarikat tentang wujudnya rakaman audio dan video yang mengesahkan penyeksaan dan pembunuhan seorang wartawan. Menurut sumber itu, selepas Khashoggi masuk ke konsulat, dia telah menerima penyiksaan sebelum dibunuh dengan kejam.

Pihak berkuasa Saudi mengeluarkan kenyataan Khashoggi hilang selepas meninggalkan konsulat itu. Tetapi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa negara itu mestilah membuktikan mereka tidak terlibat dalam kehilangan seorang wartawan. Britain telah mengumumkan kesediaannya untuk mengenakan sekatan terhadap Riyadh.

Facebook Comments