Home Berita BN Sepatutnya Meletakkan Calon PRK di PD

BN Sepatutnya Meletakkan Calon PRK di PD

KUALA LUMPUR
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata tindakan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober depan, ibarat seperti merendahkan parti berkenaan.

Beliau berkata, parti itu sepatutnya meletakkan calon dan tidak terlalu memikirkan keputusan sama ada menang atau kalah dalam pemilihan berkenaan.

“Keputusan itu memeranjatkan, saya menjangkakan Mohamad (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) akan dipilih sebagai calon BN di Parlimen Port Dickson, tetapi UMNO memberikan pelbagai alasan.

“Jangan berikan pelbagai alasan selepas menolak untuk bertanding, sepatutnya BN meletakkan calon kerana menang atau kalah itu soal lain,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, BN sebulat suara memboikot PRK Parlimen Port Dickson, sekali gus memutuskan untuk tidak meletakkan calon di posisi pembangkang bagi mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN juga tidak akan mengerahkan jentera atau ahli untuk menyokong mana-mana calon pembangkang atau bebas, yang didakwa sebagai protes bagi menyelamatkan peruntukan RM3.6 juta yang digunakan untuk pilihan raya itu.

PRK itu dikatakan sebagai pelan peralihan kuasa untuk Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Anwar, yang juga bekas timbalan perdana menteri, sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk kembali ke Parlimen sebelum sesi seterusnya akan berlangsung iaitu pada bulan hadapan.

Facebook Comments

2 komen

  1. UMNO sekarang tidak sama seperti zaman makcik dulu. UMNO zaman Perikatan jaga Melayu dan bangsa lain, kami hidup dalam suasana muhibah walau pun berbeza bangsa dan agama. sekarang takut bila tengok apa yang UMNO buat, nasib baik rakyat sedar walau pun hampir terlambat. الحمد لله

  2. betul apa makcik cakap 🙂 datuk saya kata Malaysia tidak ini macam dulu. lagi mahu kasi rakyat pecah 🙁 kita satu negara mesti satu padu, hormat sama2 kaum baru Malaysia boleh kuat & maju. bukan umno saja makcik, semua dalam bn pun sama kasi rakyat susah.