Home Berita JMC Iskandar Malaysia Bukan Platform Bincang Had Pelabuhan Johor Bahru

JMC Iskandar Malaysia Bukan Platform Bincang Had Pelabuhan Johor Bahru

Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) bagi Iskandar Malaysia tidak mempunyai mandat untuk membincangkan isu berkaitan had sempadan Pelabuhan Johor Bahru, menurut Kementerian Luar Singapura.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, JMC bagi Iskandar Malaysia, yang merupakan platform dua hala untuk kedua – dua pihak mengkaji kemajuan kerjasama ekonomi di Iskandar Malaysia, dijangka bertemu pada Januari 2019.

Media difahamkan bahawa JMC akan diadakan pada 14 Jan di Singapura dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka menghadiri mesyuarat itu.

Kementerian Luar Singapura mengeluarkan kenyataan lewat malam tadi sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai komen Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengenai perbincangannya yang akan datang dengan Singapura.

Osman dilaporkan berkata bahawa “pihaknya akan membangkitkan isu melibatkan persempadanan ruang udara dan maritim Malaysia dengan Singapura pada peringkat Bersama peringkat Menteri Malaysia-Singapura (JMC) tahun depan.”

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan bahawa “Singapura masih belum menerima sebarang cadangan rasmi atau komunikasi dari Malaysia mengenai laluan penghubung baharu antara Singapura dan Malaysia”.

Bernama

Facebook Comments