Home Seni Kita Juara Gegar Vaganza 5 : Noryn

Juara Gegar Vaganza 5 : Noryn

Penyanyi Noryn Aziz membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara pertandingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam Ahad.

Noryn menewaskan lima peserta lain sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala.

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu duet Laskar Cinta dengan penyanyi Awi Rafael dan tugasan duet lagu Where Is The Love bersama Dia Fadila.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang banyak membantu saya. Kemenangan ini sangat bermakna dan tak mungkin dilupakan dalam karier saya,” ujarnya.

Tempat kedua dimenangi Dia Fadila yang mendapat wang tunai RM50,000, pakej penginapan Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Pemenang tempat ketiga, Zamani menerima wang tunai RM30,000 dan Amelina pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai RM20,000.

Tempat kelima dimenangi Maya Ruslee, membawa pulang RM15,000.Berada di kedudukan terakhir, Billy Zulkarnain yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.Semua bintang turut menerima trofi dan pakej percutian.

Bintang Cuckoo paling gempak menjadi milik Zamani.Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian duet bersama artis jemputan dan pusingan battle.

Kesemua persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala juri jemputan Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow.Program akhir GV5 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Facebook Comments