Home Berita Kes SRC Najib – Transaksi RM40 juta dan RM5 juta dikesan

Kes SRC Najib – Transaksi RM40 juta dan RM5 juta dikesan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar, antara dokumen yang diserahkan oleh kakitangan AmBank cawangan Jalan Raja Chulan adalah berkaitan transaksi dana berjumlah RM40 juta dan RM5 juta.

Ujar beliau, semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015 dan menunjukkan transaksi tersebut dibuat antara Disember 2014 hingga Februari 2015.

Beliau berkata demikian ketika soal balas oleh peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh, di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan akaun mana yang membabitkan transaksi tersebut.

Prosiding perbicaraan yang memasuki hari ketiga membabitkan bekas Perdana Menteri hari ini sedang berlangsung dengan pihak pendakwaan menyoal balas Azizul mengenai penglibatannya dalam operasi geledah pada 6 Julai 2015 di AmBank cawangan Raja Chulan.

Facebook Comments