Home Extravaganza Khasiat Air Limau Dan Bahaya Jika Tidak Di basuh

Khasiat Air Limau Dan Bahaya Jika Tidak Di basuh

Satu pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus, laksa johor, dsb.

Tolong pesan kepada pelayan agar limau kasturi itu dicuci dahulu, kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali.

Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat, dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.

Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.

KHASIAT AIR LIMAU

BAIK UNTUK PERUT

Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan SEMBELIT. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.

PERAWATAN KULIT

Limau dapat menjadi ubat antiseptik semulajadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.

RAWATAN GIGI

Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit, cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

SEMBUHKAN JANGKITAN PADA TEKAK

Limau juga ialah buah yang sangat baik untuk membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya anda boleh berkumur-kumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Air limau bekerja baik, ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membamtu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.

MEMBANTU MENYEMBUHKAN GANGGUAN NAFAS

Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.

MENGUBATI REUMATIK

Limau memiliki sidat deuratik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.

MERENDAHKAN SUHU BADAN DAN SELSEMA

Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.

PEMBERSIH DARAH

Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria, dapat diubati dengan air limau keranan ia mempunyai sifat pembersih darah.

 

Facebook Comments