Home Berita Kit Siang Dakwa MIC Tidak Dibenarkan Bertanding Dalam PRK Cameron Highlands

Kit Siang Dakwa MIC Tidak Dibenarkan Bertanding Dalam PRK Cameron Highlands

IPOH  – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa UMNO akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, apatah lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan bahawa penyandang kerusi tersebut, Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh tidak boleh bertanding.

Sehubungan itu MIC wajar meninggalkan Barisan Nasional (BN), ini jelas menunjukkan MIC tidak dibenarkan bertanding dalam PRK tersebut.

“UMNO akan bertanding dalam PRK ini. UMNO tidak pernah bertanding di Cameron Highlands sepanjang 60 tahun lalu sejak negara mencapai kemerdekaan.

“MIC patut segera meninggalkan BN jika parti itu masih mempunyai maruah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 18 Disember lalu, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran memaklumkan Sivarraajh merupakan antara calon yang akan disenarai MIC untuk dipertimbangkan bertanding semula dalam PRK Parlimen Cameron Highlands.

Hari pengundian PRK Parlimen Cameron Highlands ditetapkan pada 26 Januari ini dengan hari penamaan calon pada 12 Januari dan mengundi awal pula pada 22 Januari.

Facebook Comments