Home Berita LT Kol (B) Nazari lawan Anwar di PRK Port Dickson

LT Kol (B) Nazari lawan Anwar di PRK Port Dickson

PORT DICKSON :
Teka-teki calon yang akan bertanding melawan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson terjawab apabila PAS telah mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon PAS.

Pengumuman calon dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk PAS PRK Port Dickson semalam dan turut hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyudin Hassan, Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun, dan saf pimpinan sayap pemuda, muslimat serta ulamak.

Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57, adalah veteran ATM, peneroka FELDA dan Pengetua Maahad Tahfiz Darul Iman di Bandar Tenggara. Beliau mempunyai 5 orang anak dan 9 cucu bersama pasangannya Hajjah Naziroh Yusof.

Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai TUDM selama 28 tahun (1980-2008) meletakkan beliau sebagai calon PAS yang paling sesuai bertanding memandangkan di kawasan Port Dickson mempunyai ramai anggota tentera. Beliau juga aktif di dalam komuniti dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Rahman (F) Bukit Besar, Kota Tinggi.

Facebook Comments

1 komen

  1. parti penunggang agama cuba menutup aib parti perkauman yang membodohkan bangsanya sendiri ? ?
    lebih baik berpayungkan parti liberal yang masih boleh kita manipulasikan dengan majoriti Melayu dinegara ini, tetapi mesti cerdik untuk melakukannya atau Melayu akan hanyut sepenuhnya. berani mengambil cabaran ini wahai saudara seagama dan sebangsaku ?