Home Berita Najib dikenakan 25 pertuduhan

Najib dikenakan 25 pertuduhan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi membayar sebahagian daripada wang ikat jamin yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi semalam.

Najib dikenakan 25 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLAFTA) dan salah guna kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau yang kelihatan tenang dan ceria difahamkan membayar RM1 juta untuk ikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang diarahkan mahkamah.

Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Dalam sidang medianya semalam, bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan menggunakan pendakwaan ke atasnya itu sebagai platform untuk membersihkan imejnya.

Facebook Comments