Home Santai Paskal Catat Kutipan RM2 juta Pada Hari Pertama

Paskal Catat Kutipan RM2 juta Pada Hari Pertama

FILEM Paskal mencatat rekod bagi filem aksi ketenteraan apabila berjaya mendapat kutipan RM2 juta untuk hari pembukaannya semalam.

Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya sudah ditayangkan kepada umum bermula semalam.

Filem Paskal mengangkat kisah perjuangan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Penghasilan Paskal juga turut diinspirasikan daripada kejayaan Paskal merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011.

Filem terbitan Asia Tropical Films itu merupakan inspirasi daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit tersebut dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998.

Facebook Comments

1 komen