Home Seni Kita Persembahan tarian Mak Yong patuh syariah – JKKN

Persembahan tarian Mak Yong patuh syariah – JKKN

KOTA BHARU: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan akan mengadakan persembahan tarian Mak Yong mengikut syariah 25 April ini sempena program [email protected]

Pengarah JKKN Kelantan Mohd Raizuli Jusoh berkata persembahan berlangsung di Kompleks JKKN Kelantan itu juga akan dinilai, bagi membolehkan tarian warisan berkenaan kekal dapat dipersembahkan di negeri ini.

Beliau berkata antara panel penilai termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Dewan Ulamak Negeri.

Mohd Raizuli berkata antara penegasan diberikan kerajaan negeri termasuk tiada penglibatan pelakon wanita dalam persembahan dan juga tiada bacaan jampi.

“Kita yakin dan percaya, apabila kita ikuti segala yang ditetapkan mengikut syariah dalam persembahan ini, tarian warisan ini dapat terus kekal dilaksanakan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran [email protected] di Kompleks JKKN Kelantan di sini, malam tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan negeri akan membenarkan persembahan tarian Mak Yong dilakukan sekiranya mematuhi syariah yang ditetapkan.

Facebook Comments