Home Sukan Piala AFC 2020 : Malaysia Dipilih Jadi Tuan Rumah

Piala AFC 2020 : Malaysia Dipilih Jadi Tuan Rumah

JOHOR BAHRU: Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah aksi kelayakan kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) 2020, pada Mac tahun depan.Undian bagi saingan kelayakan tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Malaysia dipilih sebagai salah satu tuan rumah bagi aksi kelayakan AFC Bawah 23  yang akan bermula Mac tahun depan. Kita (AFC) bersedia dari segi peraturan pertandingan, buat undian dan sebagainya. Sekarang tinggal tunggu hari undian sahaja,” katanya.

11 negara bakal menjadi tuan rumah kerana aksi kelayakan berkenaan akan melibatkan 44 pasukan.

16 daripada 44 pasukan yang bersaing dalam pusingan kelayakan tersebut, akan berentap pada pusingan akhir kejohanan berkenaan yang dijadual berlangsung di Thailand pada 2020.

“Jadi kita tunggu majlis undian untuk lihat pasukan mana yang akan diundi dalam satu kumpulan dengan Malaysia dalam saingan kelayakan itu,” katanya.

Facebook Comments