Home Berita RM20 Yang Dibayar Kepada Sukarelawan Orang Asli Cetuskan Kontroversi

RM20 Yang Dibayar Kepada Sukarelawan Orang Asli Cetuskan Kontroversi

SHAH ALAM:.Sebelum ini, gambar yang memaparkan seorang wanita berpakaian baju T Pakatan Harapan sedang mengagihkan wang kepada sekumpulan Orang Asli di Cameron Highlands mencetuskan kontroversi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kenyataan Kit Siang bertentangan dengan kenyataan pemimpin PKR Tian Chua yang menyatakan parti itu tidak menyokong sebarang cara yang menggunakan kekerasan atau memujuk untuk memperoleh undi.

Tindakan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Barisan Nasional yang menganggapnya sebagai satu cara untuk mendapat undi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa menjelaskan pendirian selepas mengeluarkan kenyataan yang dilihat bertentangan dengan rakannya dalam PKR, membabitkan sukarelawan Pakatan Harapan dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang dibayar duit minyak RM20 di Cameron Highlands.

Kit Siang dilaporkan mempertahankan tindakan itu, dengan menyatakan mereka tidak takutkan kebenaran berikutan wang RM20 itu adalah pembayaran semula dan bukannya untuk membeli undi.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang bentuk sumbangan untuk duit minyak dianggap sebagai sebahagian daripada perbuatan rasuah.

“Kenyataannya dan PKR kelihatan bertentangan. Jadi, saya fikir, Kit Siang perlu menjelaskan pendiriannya untuk memberi pencerahan terhadap apa yang beliau katakan dan beliau perlu selari dengan prinsip amalan baik membabitkan pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Padang Jawa di sini, hari ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, dalam satu kenyataan, berkata, sokongan pengundi perlu diperolehi melalui dedikasi dan komitmen dalam berkhidmat untuk mereka.

 

 

Facebook Comments