Home Sukan Ronaldo Didakwa Rogol Bekas Model

Ronaldo Didakwa Rogol Bekas Model

POLIS membuka semula siasatan terhadap dakwaan mengenai Cristiano Ronaldo berdepan beberapa tuduhan rogol oleh seorang bekas model yang mendakwa bintang bola sepak Portugal itu menyerang beliau dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas pada 2009.

Kathryn Mayorga, seorang guru berusia 34 tahun dari Las Vegas yang merupakan model, mendakwa Ronaldo merogolnya di bilik mandi di Palms Hotel and Casino di Las Vegas pada awal pagi 13 Jun 2009 dalam aduan 32 muka surat yang difailkan di mahkamah daerah Nevada.

“Saat itu Ronaldo menemui saya di klab malam, Rain, Las Vegas. Kemudian dia mengundang saya ke bilik hotelnya karana ada pesta, kemudian saya datang bersama teman-teman saya ke sana. Ketika saya duduk di sebuah jacuzzi dalam sebuah ruangan ia datang dengan bercelana pendek yang memperlihatkan kemaluannya,”

Dalam saman itu, Mayorga mendakwa beliau dipaksa menandatangani perjanjian kerahsiaan dan menuntut pampasan ganti rugi berjumlah AS$200,000 (RM828,000).

Bekas pemain Manchester United berusia 33 tahun itu, bercakap dalam video di Instagram beberapa jam selepas peguamnya memfailkan dokumen mahkamah mengenai kes tersebut ketawa di hadapan kamera, Apa yang mereka kata hari ini, palsu – berita palsu,” kata bintang pasukan nasional Portugal berusia 33 tahun itu dalam satu muat naik yang kemudiannya dipadamkan..

Pasangan itu bertemu di kelab malam Rain di Palms, di tempat pemain berkenaan menginap untuk bercuti.

Facebook Comments

1 komen