Home Berita SUHAKAM Akan Terus Meratifikasi Baki Enam Konvensyen Antarabangsa

SUHAKAM Akan Terus Meratifikasi Baki Enam Konvensyen Antarabangsa


PETALING JAYA : Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, ditanya sama ada SUHAKAM ada berdepan kekangan ketika ketika pentadbiran kerajaan lalu, Razali mengaku berdepan pelbagai cabaran dan kerenah birokrasi dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia.

“Sepanjang saya menjadi Pengerusi SUHAKAM selama tiga tahun, sekali pun saya tidak dapat berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri.

“Terlalu banyak protokol sebelum ini. Nak jumpa mereka macam nak jumpa tuhan,” katanya.

SUHAKAM menegaskan akan terus menasihat kerajaan untuk meratifikasi baki enam konvensyen antarabangsa yang belum ditandatangani Malaysia.

Ia termasuklah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Ya, sudah tentu. Walaupun kami kecewa kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD, namun kami belum menyerah kalah. 

Setakat ini, Malaysia hanya meratifikasi tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berhubung hak asasi manusia iaitu Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifikasi baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.

Bagaimanapun, kerajaan pada 23 November lalu, menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Razali berkata, SUHAKAM komited memastikan hak asasi manusia di Malaysia dipraktikkan dan dijamin dengan sistematik dalam semua aspek berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun ada puak nak mengaitkan SUHAKAM dan hak asasi manusia sebagai satu konsep barat yang melanggar agama, ini adalah pandangan yg cetek atau ada motif lain di sebalik hujahnya.

Facebook Comments