Home Berita Telefon Pintar Dan Router Peribadi Di Seluruh Dunia Jadi Sasaran

Telefon Pintar Dan Router Peribadi Di Seluruh Dunia Jadi Sasaran

San Francisco – Kebanyakan penggodam kini menyasarkan telefon pintar dan router peribadi untuk mendapatkan maklumat penting.

Pakar di Silicon Valley menyatakan bahawa telefon pintar dan router menjadi sasaran dalam operasi pengodaman organisasi, syarikat dan negara.

Penyelidik dari Lookout Mobile Security, mendakwa bahawa penggodaman telefon pintar yang dikesan telah meningkat sebanyak 35% dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 2017.

Menurut Lookout, peningkatan operasi penggodaman yang menyasarkan telefon pintar di seluruh dunia semakin hebat, penggodam kini mampu mencipta perisian dan aplikasi media sosial yang popular digunakan masyarakat diseluruh dunia. Wall Street Journal turut melaporkan bahawa perisian dan aplikasi klon telah menjadi sangat sukar dikesan diperingkat awal oleh individu yang menjadi sasaran. Penggodam akan memanipulasi telefon pintar dan router untuk mendapatkan maklumat yang lebih peribadi dan sensitif berbanding telefon dan router ditempat kerja.

Mike Murray, naib presiden Lookout, berkata : “Satu perkara adalah untuk manipulasi router seseorang dan satu perkara lagi ialah untuk kuasai alat mendengar yang dibawa seseorang 24 jam sehari”. Telefon pintar dan router yang telah dimanipulasi dan dikuasai menjadi alat pengintipan yang sangat hebat, jelas Murray.

Raj Samani, ketua saintis syarikat antivirus McAfee, mendakwa hampir 22% telefon bimbit dan router di seluruh dunia telah digodam dengan pelbagai perisian dan aplikasi klon pada 2017. Statistik ini dijangka meningkat dengan ketara menjelang akhir tahun 2018, kata Samani.

Facebook Comments