Home Dunia Ilmu UPM: Tinta Kasih 3.0 pupuk minat anak pelarian Rohingya dalam Sains

UPM: Tinta Kasih 3.0 pupuk minat anak pelarian Rohingya dalam Sains

SELAYANG: Kelab Mahasiswa Kimia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Human Aid Selangor Society menganjurkan Program “Tinta Kasih 3.0: Setiap Pertemuan, Mencipta Kenangan” bagi memupuk minat anak-anak pelarian Rohingnya terhadap mata pelajaran sains.

Program itu diadakan di Sekolah Pelangi Kasih, Batu Caves, Selayang.

Dekan Fakulti Sains, UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata aspirasi program itu adalah untuk memupuk minat anak-anak pelarian Rohingya terhadap mata pelajaran Sains.

Penasihat program, Prof. Madya Dr. Intan Safinar Ismail pula berkata program itu mengambil peluang mengajar anak-anak pelarian Rohingya mengenai Sains dari sudut Islam dalam aspek kebersihan.

Pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan Sains diperkenalkan kepada anak-anak pelarian Rohingya seperti Eksperimen Dakwat Halimunan, Lava Lamp dan Elephant Toothpaste.

Anak-anak pelarian Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih merasai serta mencuba aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang memberi kenangan kepada mereka di samping menambah minat mereka untuk belajar subjek Sains semasa sesi persekolahan

Facebook Comments