Home Berita Usaha Untuk Capai Malaysia Baharu Diketepikan, DAP Sedia Tinggalkan PH

Usaha Untuk Capai Malaysia Baharu Diketepikan, DAP Sedia Tinggalkan PH

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin DAP tidak akan eragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan dan menjadikan diri mereka sebagai MCA2  yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada kegagalan, mengamalkan demokrasi olok-olok, kakistokrasi dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

“Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, hari ini.

Berbanding MCA, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.

“DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia, dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti dalam kes MCA.

“Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya.

 

Facebook Comments