Home Seni Kita VENOM Adalah Filem Stand Alone

VENOM Adalah Filem Stand Alone

Kemunculan filem Venom yang dibintangi Tom Hardy, membawa khabar gembira dan mencemaskan bagi peminat adiwira Marvel.

Venom versi baru ini menggambarkan watak Eddie Brock yang tidak dipertemukan dengan Peter Parker. Bahkan, ada kesan bahawa symbiote dalam filem ini belum pernah bertemu dengan Spider Man ketika sedang berbual bersama Eddie Brock.

Pengarah Marvel, Kevin Feige, menyangkal filem ini merupakan bahagian dari Marvel Cinematic Universe (terutama Spider Man: Homecoming), berkemungkinan peminat tidak akan melihat Spider Man dan Venom akan berlawan Carnage.

Namun, Sony Pictures mengumumkan bahawa musuh utama Venom dalam filem perdananya ini adalah symbiote bernama Riot, jelmaan dari Carlton Drake.

Ada harapan bahawa Carnage akan muncul di filem ke dua Venom dengan Spider-Man versi lain. Bagaimanapun, peminat tentu berharap akan melihat aksi Carnage dan Venom tampil dalam filem Spider-Man versi Marvel Cinematic Universe yang dibintangi Tom Holland.

Venom disebut sebagai salah satu watak Marvel yang paling membingungkan dan rumit. Sony Pictures berusaha membawa sifat Venom tersebut ke layar perak tanpa kehilangan cerita asal.

Venom dibintangi oleh Tom Hardy, Riz Ahmed, Michelle Williams, Scott Haze, dan Reid Scott. Filem ini dijangka akan ditayang pada 4 Oktober 2018.

Facebook Comments