Home Berita Akta Baharu Memelihara Dan Melindungi Kemuliaan Institusi Diraja

Akta Baharu Memelihara Dan Melindungi Kemuliaan Institusi Diraja

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Pihaknya sudah mengadakan sesi perbincangan beberapa kali dengan Jabatan Peguam Negara bermula Oktober lalu berhubung penggubalan akta baharu.

Akta baharu itu bagi memelihara dan melindungi kemuliaan institusi diraja daripada dihina serta dipersenda.

Sememangnya kemuliaan institusi diraja perlu sentiasa dilindungi kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

“Kita mungkin akan merujuk kepada undang-undang yang diamalkan di negara Komanwel termasuk United Kingdom dalam penggubalan undang-undang baharu yang melindungi kemuliaan institusi diraja itu.

“Setakat ini kita masih terikat dengan undang-undang lama, tetapi pihak Jabatan Peguam Negara telah melihat ada beberapa perundangan perlu digubal dan dipinda, justeru mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada hujung bulan ini.

“Sekiranya terdapat persetujuan daripada pihak kementerian yang berkaitan dan juga jemaah menteri, kita akan gubal satu undang-undang baharu selain membuat pindaan kepada undang-undang lain yang perlu,” katanya.

Ia susulan tindakan beberapa individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Kerajaan digesa lebih tegas selain dicadang menggubal akta baharu bagi melindungi dan memelihara institusi diraja daripada terus dihina.

 

Facebook Comments